Wednesday, November 26, 2008

Kuih ketayap

Teringin dah lama nak buat kuih ni tapi malasnyer nak buat inti kelapa, tapi last
Sunday my husband balik rumah mak dia, so sempatla kirim kelapa parut n daun pandan. Malam tu trus buat inti pakai 'gula tuak' yang beli kat melaka masa vacation dulu. Hmm dapatla hilangkan kempunan.

This is how i did it:
Tpg gandum
Santan (pakai santan kotak dalam 150ml and campur dgn 150ml air)
Garam
Daun pandan (5 helai)
Blend semua dalam blender dan tapis- adunan mesti tak pekat tak cair, pastu dadarkan kt kuali yg tk lekat. Then masukkan inti kelapa dan gulung.

Inti kelapa:
1bj kelapa parut
3 ketul gula tuak (gula melaka)
2sdb gula putih
2 cwn air
Daun pandan - disimpul
Panaskan air dan masukkan gula dan daun pandan, biar larut, bila dah agak pekat, masukkan
kelapa dan kacau hingga kering.

No comments: