So resepnya seperti dia bawah ya bapak2, ibuk2....
Nasi putih:
Bahan2:
Beras biasa + beras wangi (sukatan untuk seisi keluarga)
2 helai daun pandan
Daun pisang secukupnya
Tanak nasi seperti biasa cumanya campurkan beras biasa dgn beras wangi- so that dia melekit2 sikit tapi masih berderai (kalau tanak beras wangi semata2 takut mual pulak nanti), then simpulkan daun pandan dan masukkan ke dlm periuk masa nasi dah kering.
dah masak, cedukkan sesenduk dan letak atas daun pisang yang telah di layur. Gulung macam gulung kuih ketayap. Ketepikan.
Ayam Gepuk:
1 ekor ayam- saya pakai ayam kampung & utk small family like us, cuma pakai 3 ketul ayam yang dipotong 6
2bj kelapa parut- saya pakai 1/2 bj kelapa parut
sedikit asam jawa
2 batang serai- dititik
3 helai daun salam- saya pakai bay leaves
100ml air/ lebih
sedikit garam
minyak utk menggoreng
Bahan2 untuk ditumbuk halus:
1sdb ketumbar
1/2sdb jintan manis
50g bwg merah
50g bwg putih
4cm lengkuas muda
Cara2:
1. Gaul ayam dgn semua bahan termasuk yang ditumbuk halus kecuali minyak. Didhkan atas dapur sehingga air kering.(kalau boleh tambahkan lebih air untuk mengempukkan ayam supaya tak perlu masa yang lama untuk menggoreng)
2. Panaskan minyak dan goreng semua ayam bersama rencahnya sehingga kuning keperangan.
3. Dah masak, toskan minyak. Ketepikan.
Tauhu & Tempe goreng
Bahan2:
Tauhu/ taukwa secukupnya
Tempe secukupnya
1 bj telur
1 ulas bawang putih- ditumbuk halus
sedikit garam
serbuk kunyit
Minyak untuk menggoreng
Cara2:
1. Campurkan bawang putih, kunyit & garam ke dalam telur dan pukul hingga sebati.
2. Celup tauhu & tempe kemudian goreng kekuningan.
Sambal Merah
Sambal Merah
Bahan2:
3 bj cili merah
10 bj cili api
1/2 biji tomato merah
garam
2inci belacan
1 ulas bawang merah
1 helai daun limau purut
Cara2:
1. Blend semua bahan kecuali minyak dan daun limau purut.
2. Panaskan minyak untuk menumis dan masukkan bahan2 kisar tadi & tumis hingga pecah minyak. Kemudian masukkan daun limau purut yang telah di hiris halus (jika suka)- saya cuma masukkan sekeping2.
minyak untuk menumis.
Sayur Asem (untuk 1 org mkn- dari majalah rasa)
Bahan2:
1/2 tongkol jagung manis (sweetcorn)
1 btg kacang panjang- potong memanjang
1/2 bj terung- potong dadu
50g labu air- potong dadu
20g kcg tanah
1 bj cili merah
1 bj cili padi
1 ulas bwg merah
1 ulas bwg putih
250ml air
1 sdb minyak masak
garam & gula secukupnya
Cara2:
1. Didihkan air dan rebus semua bahan2 sayuran kecuali bwg dan cili. Toskan dan ketepikan.
2. Rebus cili & bawang. Perasakan dgn garam dan gula.
3. Bila dah mendidih masukkan semula sayur yg direbus tadi. Hidangkan.
* Kalau tak suka boleh serve dgn sup sayur atau sup cendawan.
- Dah siap semua bolehlah di hidangkan di dalam bekas mengikut kreativiti anda, setiap seorang akan dapat satu set nasi komplit. Selamat Mencoba!!!! semoga sukses!!!
2 comments:
uiiihhh bestnye nasi komplit aku tu ye.. kak... ayam tu kalau nak sedap lagi dimasak ngan air kelapa... lagi ada umpphhhh.... mmg ada kelainan tau... cuba.. jgn tak cuba... bila nak gi bandung lagi ni kak? hahahhahaa....
sorry kak... nasi komplit akak.. tertulis aku pulak... ahahahah... ampun...
Post a Comment