Wednesday, October 29, 2008

Kek Lapis Horlicks

Weekend baru ni since jemput semua sedara mara belah my husband datang rumah, aku buat kek lapis horlicks ni sebagai kepala meja la kenkononnya. Resepi kidnap dr blog Bro Rozzan, tapi modified sket dia punya design n bahan. Chek bubuh kaler pink sket bagi nampak meriah gitu. Masa mula2 masak nampak a lil' bit dry kek ni, tapi after 2-3 days dah nampak moist dia. Masa potong lepas habis masak tu rasa macam down jugak la coz the texture tu mcm dry eventhough aku pakai Golden Churn butter..Anyway dah dapat testimonial dari penggemar kek lapis horlicks, dia cakap sedap n boleh makan banyak2 & tak muak.
Resepinya nnt chek bagi no.

Friday, October 24, 2008

English Muffin & Healthy Beef Patty

Ini breakfast pagi tadi. Malam tadi dah siap prepare english muffin n beef patty, so bangun this morning cuma masakkan patty tu saja n panaskan mufin tu utk bekal anak2 n myself. Bila combine patty ngan mufin ni hmmm...better than yg kat fastfood to ler plus its more healthier pasal it contains vegetables, fresh minced meat n goreng pakai sunflower oil. Resepi utk patty tu basicnya saya cedok kt myresipi tapi di modified sesuai selera dan pasal nak bagi anak2 makan sayur.

BEEF PATTY (Daging Burger)
Bahan2:
300g minced beef
1 labu bawang besar
1/2 btg carrot
5-6 button mushroom
segenggam lada hitam ditumbuk hancur
lebih kurang 2 cubit garam
1sdb gula
1sdb Lea & Perrins Worchestershire sauce
1 atau 2 cwn breadcrumb
1 bj telur
Sheredded cheddar cheese
- vege tu boleh tambah apa2 saja
Cara2:
  1. Masukkan bawang, carrot, mushroom in food processor. Mesin sekejap.
  2. Masukkan bahan2 lain- minced, grm, gula, worchestershire sauce, bread crumb, telur- mesin lagi.
  3. Keluarkan, campurkan dgn shredded cheddar cheese rata2 dan pat kan daging tu ikut ketebalan yg diingini. Saya suka buat tebal2.
  4. Panaskan minyak dan goreng. Boleh simpan overnite utk rasa yg lebih serasi.

Utk resepi English Muffin next time pulak la ye...penat la menaip. Apa2 pun saya guna resepi English Muffin from Alex Goh.

Thursday, October 23, 2008

My new cookbooks

Heh hari free sket, sebab utama:

1. Hari ni hari submit tender, so biasanya lepas aku submit tender, aku boleh relaks sket

2. Boss out station.
Kebetulan hari ni ade MPH Warehouse sale, aku turun PJ n due to harga yg murah aku borong these cookbooks dgn semangatnya. Tgh excited gila le nih...Gambaq as below:

Ada lagi 2 coming soon, kirim dgn kawan coz tadi belikan same title for my frens, suddenly teringin pulak nak ada for my collections.

Wednesday, October 22, 2008

Sayur Lodeh

Atas permintaan kawan aku, aku masukkan kt sini resepi kuah sayur lodeh makan dgn nasi impit or lontong. Resepi dari Mak Mertuaku tapi aku adjust ikut selera sendiri. Konsep masakan same. Gambaq aku tempek later.

Bahan2- ikut kuantiti masing2
Rule of thumbnyer ginilah:

Udang basah- dibersihkan; buang kepala
Kacang Panjang- di potong menyerong
Carrot- potong memanjang
Kobis- di hiris
Bawang besar- minimum 2 labu- dimayang
Bawang putih- minimum 5 ulas- dihiris
Cili merah- dalam 2 biji
fu chuk- direndam (tk mo letak pun tk pe)
Su hun- direndam
Tempe- di goreng dan di hiris
Tauhu- di goreng separuh masak- di hiris kiub
Belacan- kalau masak periuk 3L biasanya aku letak sebesar 1/2 ibu jari
Kunyit hidup- dalam 3 ketul( utk dapatkan warna yg ori, boleh substitute dgn serbuk kunyit)
Santan- agak banyak mana kuah nak pakai- aku pakai 1 kotak besar santan plus 600ml air- biasanya my lodeh tak cair dan tak pekat.
Minyak untuk menumis.
Garam secukup rasa.

Cara2:

  1. Panaskan sedikit minyak untuk menumis, dah panas masukkan udang, bwg besar, bwg putih, cili merah, belacan dan kunyit. Tumis hingga naik bau.

  2. Masukkan carrot, kacang panjang, kobis, kacau sekejap bagi rata, masukkan santan dan air, agak2 kepekatan yg kita nak.

  3. Masukkan tempe dan tauhu, kacau, masukkan fucuk dan su hun, perasakan dgn garam, dan kacau selalu hingga mendidih (jgn sampai santan tu naik kepala).

  4. Dah sedap tu tutupla api, sedia utk dihidangkan. Nak best lagi buat sambal tumis sotong ke udang ke ikan bilis ke makan dgn kuah lodeh ni, mmg ada kick.

Friday, October 17, 2008

Nostalgic Choc Cake

Semalam Ifah requested for Choc Cake utk bawak p tadika dia. Kesahnya aku wat Banana Shortbread pagi tu n asked her to bring to her school, but she refused saying that she doesn't like it.

So yesterday after fetched her from school, lepas habis dinner trus bwk dia p shopping barang nak buat choc cake. Resipi utk choc cake ni mmg sempoi habis n mmg nostalgia bagi aku coz inila kek pertama yg aku buat utk test power way back masa form 4 or 5 dulu. Cek ni masa sekolah mmg pemalas bab2 masuk dapo ni...So, buat kek ni pun konon nak tunjuk skil kat pak aku la yg aku pun sebenaqnya boleh masak tp cuma malass jer... Ishh lama dah tu.belasan tahun nan lalu..kawan aku punya la faveret dgn kek ni sampai buat repeat order tu..every hari raya mesti dia order, 2 biji sekaligus. Tapi masa tu aku jual cuma RM10 sebijik. Terkejut badak mak dia pasal murah sgt. hehehehe..konon kesian kat member la tu. Deco tu Ifah yang letak, itu je pun yang dia suka sebenaqnya. Bukan nak makan sangat pun.
Mlm tadi kitorang pun dinner sempoi ja, maleh nak bubuh resepi pasal gerenti sumer orang tau masak punyer, layan gambo je la ek... menu malam tadi: nasi putih, kobis + carrot lemak putih, sambal sardin n ayam kampung goreng.

Thursday, October 16, 2008

Banana Shortbread

Ada lebih kurang sesisir pisang aku angkut ke Shah Alam lebihan dari kenduri tahlil untuk arwah tok yg meninggal baru2 ni. Plan memang untuk buat kek pisang. Lebih kurang 3.30pg tadi aku terbangun kemudian selak buku resepi. Nampak resepi dari "Alex Goh". Since semua bahan ada aku mula buat lebih kurang 7.15pg tadi utk bawa bekal ke ofis.

Teksturnya lembut sgt tapi dek kerana gopoh aku lupa nak scrap keliling kek sebab dah pukul 8.30pg, sudahnya terbarai la kek tu. Hancus bhgn bawahnya. Hampeh!!!

Komen: sedap, lembut tapi quite sweet. So next time wajib kurangkan kandungan gula tu.. Anyway, layannnn la foto n resepinya:

Bahan- bahan:

A: 250g gula

130g margerin

1tsp soda bikarbonat

1tsp garam

B: 2 telur

C: 300g pisang lenyek

D: 300g tpg gandum

1/2sdt baking powder

80ml susu segar

E: walnut cincang

Cara- cara:

  1. Pukul bahan A hingga kembang.
  2. Masukkan telur, putar lagi hingga adunan nampak licin.
  3. Masukkan pisang, kemudian bahan D. Gaul hingga sebati dan sempurna.
  4. Tuang adunan ke dlm acuan, dan taburkan dgn walnut cincang.
  5. Bakar pada suhu 180Celcius selama 45minit.

Wednesday, October 15, 2008

Roti Telur Special

Last Sunday, my 1st dotter masuk gymnastics championship inter kindy held at SIRIM HALL Shah Alam. So dia request untuk bawak roti telur makan dengan kawan2. So I made for her Roti Telur Special which actually as per my dad's favourite. Cucu dia pun dah berkenan style roti telur ni but as for my version I buat lain sket. Cara sempoi tapi rasa boleh tahan sedap. Sesuwai utk breakfast, minum petang atau supper.

Bahan- Bahan:
1 buku besar roti- saya pakai Gardenia
3 biji telur
secubit garam
1 labu kecil bawang besar- dipotong bulat
1 bj cili merah- dihiris serong
1/4 sdt serbuk lada hitam
beberapa keping cheddar cheese- saya guna cheddar cheese block; so kena hiris.
Sedikit butter

Cara- cara:
  1. Roll setiap keping roti hingga nipis (kalau tak roll pun tak pe)
  2. Campurkan lada hitam & garam ke dalam telur- pukul sedikit, kemudian celupkan roti- sebelah permukaan shj. Letakkan 2-3 keping bawang & 1- 2 hiris cili.Panggang atas kuali dgn sedikit butter. Bila dah masak angkat.
  3. Celup sekeping roti lagi tanpa letak bawang & cili, bila dah kuning terbalikkan dan letak beberapa hiris keju, biarkan diatas kuali hingga keju cair sedikit, ambil roti yg ada bwg & cili tadi tangkup kan, dan biar atas kuali seketika. Terbalikkan kedua2 belah dan angkat.
  4. Potong 2 atau 4 bahagian dan serve dgn air kopi/ teh. Enjoy!