Bahan- Bahan:
1 buku besar roti- saya pakai Gardenia
3 biji telur
secubit garam
1 labu kecil bawang besar- dipotong bulat
1 bj cili merah- dihiris serong
1/4 sdt serbuk lada hitam
beberapa keping cheddar cheese- saya guna cheddar cheese block; so kena hiris.
Sedikit butter
Cara- cara:
- Roll setiap keping roti hingga nipis (kalau tak roll pun tak pe)
- Campurkan lada hitam & garam ke dalam telur- pukul sedikit, kemudian celupkan roti- sebelah permukaan shj. Letakkan 2-3 keping bawang & 1- 2 hiris cili.Panggang atas kuali dgn sedikit butter. Bila dah masak angkat.
- Celup sekeping roti lagi tanpa letak bawang & cili, bila dah kuning terbalikkan dan letak beberapa hiris keju, biarkan diatas kuali hingga keju cair sedikit, ambil roti yg ada bwg & cili tadi tangkup kan, dan biar atas kuali seketika. Terbalikkan kedua2 belah dan angkat.
- Potong 2 atau 4 bahagian dan serve dgn air kopi/ teh. Enjoy!
No comments:
Post a Comment