1st time buat kek lapis sarawak ni. Pergh tak sangka jugak aku mampu buat...tak tau berapa puluh kali dok telek resepi ni..tiba2 mlm raya baru ni jadi kenyataan. Alhamdulillah tk jatuh ke tong sampah adunan aku kali ni. Thx to che mat, sesungguhnya gambaq kt blog dia telah mengujakan aku utk try resipi dr Bro Rozzan yg diadaptasi dari resepi Rabiah Amit, pembuat kek lapis Sarawak yg fames tu.
Rasa kek ni tak berapa manis coz I kurangkan sikit sukatan gula, tapi masih tak menjejaskan rasa sedap kek ni, but still tak boleh makan byk2 sekali hadap..bahaya beb!!
anyway modified resipi spt dibawah:
450g butter
10bj telur
350gm biskut marrie (di blend halus)
160g gula kastor
1 sd teh esen vanilla
1 tin susu pekat manis
85g kaya
asam manis secukupnya
1sdt pewarna makanan (3 warna)
Cara2:
1. Pukul butter dan gula hingga betul2 kembang.
2. Masukkan telur sebiji demi sebiji, pukul hingga kembang.
3. Kemudian masukkan susu pekat dan seri kaya. Putar hingga sebati.
4. Masukkan serbuk biskut marie sedikit demi sedikit, di aduk2 sehingga sebati dan masukkan esen vanilla.
5. Bahagikan adunan kepada 3 bhgn. Kemudian masukkan pewarna makanan yangberlainan pada 3 bekas adunan yg berlainan.
6. Lenserkan tin pembakar dan panaskan oven pada suhu 170deg. C, kemudian masukkan 4 sudu besar adunan (Warna ikut suka mana dulu) kemudian bakar dgn menggunakan api atas- bawah. Bila dah nampak perang keluarkan dan masukkan warna yang sama selapis lagi kemudian tukar ke api atas sahaja. Bila dah perang keluarkan dan tekan dgn sudu kemudian tambah adunan dari warna ke 2. (As for me I used yellow, pink and green) Setiap warna harus dilapisi 2 lapis..like myself setiap lapisan ke 5 saya susun asam manis...buatla sampai habis.
Hasilnya..hmmm nyum2
5 Frozen Desserts Cooking Class
18 years ago
No comments:
Post a Comment