Wednesday, October 8, 2008

Black Pepper Beef with Spring Onion


Sempena kedatangan baby baru dlm family kitorg masa raya baru ni, makanya I pun dah jadi busy auntie la...Take over my mom utk masak (suruh dia rehat, kaki dah bengkak dah) kat ibu bersalin kt rumah tu. So, antara menu yg dimasak mestila sesuwai ngan ibu yg dlm pantang kan. Balck pepper mmg bagus untuk panaskan badan. Keluarkan angin, orang tak bersalin pun boleh makan tau!!
Bahan2:
500gm daging
1 genggam lada hitam
1/2 inci halia
5 ulas bwg putih
1sdb sos tiram
Garam
Sedikit perasa ikan bilis
3 pokok daun bawang (hiris dlm 11/2 inci panjang)
Cili besar & Bawang Besar (dihiris) untuk hiasan
Minyak untuk menumis
Cara2:
  1. Daging di hiris nipis dan di bersihkan.
  2. Tumbuk lada hitam, bwg putih & halia hingga lumat.
  3. Tumis bhn2 tumbuk, sos tiram hingga naik bau. Masukkan daging. Kacau rata.
  4. Perasakan dgn garam & perasa ikan bilis. Tambah sedikit air kalau masakan agak pekat.
  5. Masukkan daun bawang dan cili besar, Kacau sebati dan masak sedia untuk di hidang.

No comments: