Friday, October 31, 2008

Missisippi Mud Pie

Pagi ni I buat mud pie ni untuk bawak p ofis for breakfast dgn semua staff. Supposed hari ni our ofis organise jamuan raya for all vendors & customers tapi last minute kena cancel coz my boss ada hal. So, since kuih dah tempah kitorang pun buat makan sendiri2 je la.
Resepi ni boleh serve utk 12-14pax. Bahan2 diadjust ikut apa yang ada saja.

Bahan2:
A- For crust
140g digestive biscuits (i used biskut marie)
85g pecan nuts- finely chopped (i used almond bits)
1tbsp soft light brown sugar
1/2tsp ground cinnamon
85g butter, melted

Cara- cara:
  1. Preheat oven to 180deg. celcius. Grease springform tin.
  2. Put all ingredients except melted butter into food processor until fine crunch form, then add melted butter & process again until combined & moistened.
  3. Pat in the springform & chilled.

B: Filling

225g butter

175g plain plain choc- chopped

125ml golden syrup

4 large eggs beaten

85g pecan nuts finely chopped ( i used almond bits)

Cara- cara:

  1. Put choc, butter & golden syrup into saucepan over low fire. Stir until melted & blended, leave cool.
  2. Beat in eggs & pecan nuts
  3. Pour the fillings & smooth the surface. Bake for 30min.

Thursday, October 30, 2008

Kuetiow Sup

Malam tadi dinner memang sempoi, malas nak masak nasi tatkala che abang tak dak kat rumah. Kononnya nak diet la ni, ini makanan kegemaran sekeluarga. Memang best especially time hujan n time malas. Senang sangat nak masak, gerenti jadi punyer.
Bahan2:
Bawang putih
Daging/ ayam/ seafood
Fish cake n fish ball
Carrot
Sawi
Kuetiow basah
Lada hitam
Minyak bijan
Kiub ayam

Cara2:

  1. Ketuk bawang putih, dalam 2-5 ulas, dan tumiskan dgn minyak sayuran.
  2. Kendian, masukkan daging/ ayam/ seafood then masukkan 3 mangkuk air.
  3. Bila mendidih masukkan, kiub ayam seketol, fish ball, fish cake, carrot.
  4. Agak carrot empuk masukkan sawi & kuetiow. Tutup api.
  5. Hidangkan ke dlm mangkuk dan direnjis dgn serbuk lada, minyak bijan. Nak pedas lagi buleh potong cili api campur kicap cair dan makan ketika panas...gerenti berpeluh..

Wednesday, October 29, 2008

Kek Lapis Horlicks

Weekend baru ni since jemput semua sedara mara belah my husband datang rumah, aku buat kek lapis horlicks ni sebagai kepala meja la kenkononnya. Resepi kidnap dr blog Bro Rozzan, tapi modified sket dia punya design n bahan. Chek bubuh kaler pink sket bagi nampak meriah gitu. Masa mula2 masak nampak a lil' bit dry kek ni, tapi after 2-3 days dah nampak moist dia. Masa potong lepas habis masak tu rasa macam down jugak la coz the texture tu mcm dry eventhough aku pakai Golden Churn butter..Anyway dah dapat testimonial dari penggemar kek lapis horlicks, dia cakap sedap n boleh makan banyak2 & tak muak.
Resepinya nnt chek bagi no.

Friday, October 24, 2008

English Muffin & Healthy Beef Patty

Ini breakfast pagi tadi. Malam tadi dah siap prepare english muffin n beef patty, so bangun this morning cuma masakkan patty tu saja n panaskan mufin tu utk bekal anak2 n myself. Bila combine patty ngan mufin ni hmmm...better than yg kat fastfood to ler plus its more healthier pasal it contains vegetables, fresh minced meat n goreng pakai sunflower oil. Resepi utk patty tu basicnya saya cedok kt myresipi tapi di modified sesuai selera dan pasal nak bagi anak2 makan sayur.

BEEF PATTY (Daging Burger)
Bahan2:
300g minced beef
1 labu bawang besar
1/2 btg carrot
5-6 button mushroom
segenggam lada hitam ditumbuk hancur
lebih kurang 2 cubit garam
1sdb gula
1sdb Lea & Perrins Worchestershire sauce
1 atau 2 cwn breadcrumb
1 bj telur
Sheredded cheddar cheese
- vege tu boleh tambah apa2 saja
Cara2:
  1. Masukkan bawang, carrot, mushroom in food processor. Mesin sekejap.
  2. Masukkan bahan2 lain- minced, grm, gula, worchestershire sauce, bread crumb, telur- mesin lagi.
  3. Keluarkan, campurkan dgn shredded cheddar cheese rata2 dan pat kan daging tu ikut ketebalan yg diingini. Saya suka buat tebal2.
  4. Panaskan minyak dan goreng. Boleh simpan overnite utk rasa yg lebih serasi.

Utk resepi English Muffin next time pulak la ye...penat la menaip. Apa2 pun saya guna resepi English Muffin from Alex Goh.

Thursday, October 23, 2008

My new cookbooks

Heh hari free sket, sebab utama:

1. Hari ni hari submit tender, so biasanya lepas aku submit tender, aku boleh relaks sket

2. Boss out station.
Kebetulan hari ni ade MPH Warehouse sale, aku turun PJ n due to harga yg murah aku borong these cookbooks dgn semangatnya. Tgh excited gila le nih...Gambaq as below:

Ada lagi 2 coming soon, kirim dgn kawan coz tadi belikan same title for my frens, suddenly teringin pulak nak ada for my collections.

Wednesday, October 22, 2008

Sayur Lodeh

Atas permintaan kawan aku, aku masukkan kt sini resepi kuah sayur lodeh makan dgn nasi impit or lontong. Resepi dari Mak Mertuaku tapi aku adjust ikut selera sendiri. Konsep masakan same. Gambaq aku tempek later.

Bahan2- ikut kuantiti masing2
Rule of thumbnyer ginilah:

Udang basah- dibersihkan; buang kepala
Kacang Panjang- di potong menyerong
Carrot- potong memanjang
Kobis- di hiris
Bawang besar- minimum 2 labu- dimayang
Bawang putih- minimum 5 ulas- dihiris
Cili merah- dalam 2 biji
fu chuk- direndam (tk mo letak pun tk pe)
Su hun- direndam
Tempe- di goreng dan di hiris
Tauhu- di goreng separuh masak- di hiris kiub
Belacan- kalau masak periuk 3L biasanya aku letak sebesar 1/2 ibu jari
Kunyit hidup- dalam 3 ketul( utk dapatkan warna yg ori, boleh substitute dgn serbuk kunyit)
Santan- agak banyak mana kuah nak pakai- aku pakai 1 kotak besar santan plus 600ml air- biasanya my lodeh tak cair dan tak pekat.
Minyak untuk menumis.
Garam secukup rasa.

Cara2:

  1. Panaskan sedikit minyak untuk menumis, dah panas masukkan udang, bwg besar, bwg putih, cili merah, belacan dan kunyit. Tumis hingga naik bau.

  2. Masukkan carrot, kacang panjang, kobis, kacau sekejap bagi rata, masukkan santan dan air, agak2 kepekatan yg kita nak.

  3. Masukkan tempe dan tauhu, kacau, masukkan fucuk dan su hun, perasakan dgn garam, dan kacau selalu hingga mendidih (jgn sampai santan tu naik kepala).

  4. Dah sedap tu tutupla api, sedia utk dihidangkan. Nak best lagi buat sambal tumis sotong ke udang ke ikan bilis ke makan dgn kuah lodeh ni, mmg ada kick.

Friday, October 17, 2008

Nostalgic Choc Cake

Semalam Ifah requested for Choc Cake utk bawak p tadika dia. Kesahnya aku wat Banana Shortbread pagi tu n asked her to bring to her school, but she refused saying that she doesn't like it.

So yesterday after fetched her from school, lepas habis dinner trus bwk dia p shopping barang nak buat choc cake. Resipi utk choc cake ni mmg sempoi habis n mmg nostalgia bagi aku coz inila kek pertama yg aku buat utk test power way back masa form 4 or 5 dulu. Cek ni masa sekolah mmg pemalas bab2 masuk dapo ni...So, buat kek ni pun konon nak tunjuk skil kat pak aku la yg aku pun sebenaqnya boleh masak tp cuma malass jer... Ishh lama dah tu.belasan tahun nan lalu..kawan aku punya la faveret dgn kek ni sampai buat repeat order tu..every hari raya mesti dia order, 2 biji sekaligus. Tapi masa tu aku jual cuma RM10 sebijik. Terkejut badak mak dia pasal murah sgt. hehehehe..konon kesian kat member la tu. Deco tu Ifah yang letak, itu je pun yang dia suka sebenaqnya. Bukan nak makan sangat pun.
Mlm tadi kitorang pun dinner sempoi ja, maleh nak bubuh resepi pasal gerenti sumer orang tau masak punyer, layan gambo je la ek... menu malam tadi: nasi putih, kobis + carrot lemak putih, sambal sardin n ayam kampung goreng.

Thursday, October 16, 2008

Banana Shortbread

Ada lebih kurang sesisir pisang aku angkut ke Shah Alam lebihan dari kenduri tahlil untuk arwah tok yg meninggal baru2 ni. Plan memang untuk buat kek pisang. Lebih kurang 3.30pg tadi aku terbangun kemudian selak buku resepi. Nampak resepi dari "Alex Goh". Since semua bahan ada aku mula buat lebih kurang 7.15pg tadi utk bawa bekal ke ofis.

Teksturnya lembut sgt tapi dek kerana gopoh aku lupa nak scrap keliling kek sebab dah pukul 8.30pg, sudahnya terbarai la kek tu. Hancus bhgn bawahnya. Hampeh!!!

Komen: sedap, lembut tapi quite sweet. So next time wajib kurangkan kandungan gula tu.. Anyway, layannnn la foto n resepinya:

Bahan- bahan:

A: 250g gula

130g margerin

1tsp soda bikarbonat

1tsp garam

B: 2 telur

C: 300g pisang lenyek

D: 300g tpg gandum

1/2sdt baking powder

80ml susu segar

E: walnut cincang

Cara- cara:

  1. Pukul bahan A hingga kembang.
  2. Masukkan telur, putar lagi hingga adunan nampak licin.
  3. Masukkan pisang, kemudian bahan D. Gaul hingga sebati dan sempurna.
  4. Tuang adunan ke dlm acuan, dan taburkan dgn walnut cincang.
  5. Bakar pada suhu 180Celcius selama 45minit.

Wednesday, October 15, 2008

Roti Telur Special

Last Sunday, my 1st dotter masuk gymnastics championship inter kindy held at SIRIM HALL Shah Alam. So dia request untuk bawak roti telur makan dengan kawan2. So I made for her Roti Telur Special which actually as per my dad's favourite. Cucu dia pun dah berkenan style roti telur ni but as for my version I buat lain sket. Cara sempoi tapi rasa boleh tahan sedap. Sesuwai utk breakfast, minum petang atau supper.

Bahan- Bahan:
1 buku besar roti- saya pakai Gardenia
3 biji telur
secubit garam
1 labu kecil bawang besar- dipotong bulat
1 bj cili merah- dihiris serong
1/4 sdt serbuk lada hitam
beberapa keping cheddar cheese- saya guna cheddar cheese block; so kena hiris.
Sedikit butter

Cara- cara:
  1. Roll setiap keping roti hingga nipis (kalau tak roll pun tak pe)
  2. Campurkan lada hitam & garam ke dalam telur- pukul sedikit, kemudian celupkan roti- sebelah permukaan shj. Letakkan 2-3 keping bawang & 1- 2 hiris cili.Panggang atas kuali dgn sedikit butter. Bila dah masak angkat.
  3. Celup sekeping roti lagi tanpa letak bawang & cili, bila dah kuning terbalikkan dan letak beberapa hiris keju, biarkan diatas kuali hingga keju cair sedikit, ambil roti yg ada bwg & cili tadi tangkup kan, dan biar atas kuali seketika. Terbalikkan kedua2 belah dan angkat.
  4. Potong 2 atau 4 bahagian dan serve dgn air kopi/ teh. Enjoy!

Chicken Pie



First time try, macam kat dalam majalah Saji tapi ada sikit modification.


Bahan- bahan:

6 keping "Kawan" kulit pastry

200g isi ayam- saya pakai isi ayam kampung

1 peket kecil mix vege

1 labu bawang besar- didadukan

1sdt serbuk lada hitam

1sdb whipping krim

100ml susu segar

sedikit parmesan cheese (lebih kurang 1sdt- sesuai rasa)

garam secukup rasa

Minyak untuk menumis (seboleh2nya minyak zaitun)

Kuning telur


Cara- cara:


  1. Panaskan minyak, tumis bwg besar sehingga layu.

  2. Masukkan isi ayam & mix vege.

  3. Masukkan whipping krim, susu, serbuk lada hitam & garam secukup rasa.

  4. Masak hingga agak pekat, tabur sedikit parmesan cheese. Bila bahan inti dah pekat matikan api.

  5. Susun pastry diatas dulang membakar yang telah dioles dgn mentega. Isikan inti ayam pada sebelah bahagian pastry kemudian tutup pastry dan cantumkan. Guna garfu untuk lekatkan keliling pastry. Oleskan kuning telur untuk hiasan.

  6. Bakar pada suhu 170Celcius selama 30 minit atau hingga keperangan.

Nasi Goreng Muhibbah


Hari Jumaat yang baru lalu ni rasa malas sgt nak masak, further more banyak nasi yg berlebih, since my husband insists to have rice for dinner, so I pun buat la nasi goreng. Kenapa nasi goreng muhibbah? Kalau tgk style nasi goreng ni- gaya macam nasi goreng cina tapi ada ikan terubuk masin yg di import terus dari Kuching, nak kata nasi goreng ikan masin tak jugak pasal tak rasa sangat kemasinannya..so apa2 hal pun layanlah resepinya:
Bahan2:
1/2 periuk kecik nasi putih semalam
3 ulas bawang putih (di ketuk & di hiris)
4 bj cili padi (di hiris)
5 ketul kecil terubuk masin
Sepeket kecil mix vege
Minyak untuk menumis
Garam secukup rasa
Telur mata kerbau sebagai hiasan

Cara- cara:

  1. Tumis bwg putih dan masukkan ikan terubuk masin yg telah di cuci, goreng hingga agak garing sambil pecah2kan ikan terubuk tadi sehingga menjadi ketul2 halus.
  2. Masukkan garam, cili padi dan mix vege sehingga vege agak empuk.
  3. Kemudian masukkan nasi, goreng ke tahap citarasa anda. Dah masak tutup api dan hiaskan dengan telur mata.
  4. Get ready pinggan & makan.

Friday, October 10, 2008

Masak Tumis- Ayam


Malam tadi mmg malas nak masak dinner, pasalnya perutku kenyang, so ingat tk mo makan la. Tapi since siang td dh p market, my hubby lak nak makan nasik, pikir punya pikir buat la masak tumis ni.Ni memang masakan faveret my husband. Kalau penyakit M aku dah mai, dia akan masak tumis ni sendiri. Tapi my version dgn dia punya version sikit different la n I prefer my version more...hehehhe..Sempoi habis masakan ni & YUMMY! Tak caya try lah. Ikut hati malam tadi tk mo mkn nasik tp nampak cam best jer sudahnya berkali2 aku tambah nasik..tu dia penangan masak tumis.

Bahan2 (untuk hidangan 1- 2org):

4 ketul ayam- saya potong kecil2 (optional- boleh guna sotong, udang atau ikan bilis)
3 ulas bawang putih
6 ulas bwg merah (mlm td saya pakai 1/2 labu bwg besar- pasal stok bwg merah dh habis)
10 bj cili padi (lagi pedas lagi power)
belacan sebesar ibu jari
sedikit garam
Sedikit air
2sdb gula
air asam jawa (saya guna 1/2sdb asam jawa paste ADABI)
3 urat kacang panjang (optional; nak tambah carrot pun boleh)

Cara2:
  1. Goreng ayam separuh masak (kalau guna seafood atau ikan bilis tk perlu goreng dulu)
  2. Tumbuk semua bahan di atas kecuali gula, asam jawa & sayuran.
  3. Panaskan minyak untuk menumis, tumis bhn2 tumbuk tadi hingga cili masak.
  4. Bahan2 tumisan tadi sedikit pekat, tambah sedikit air, masukkan gula & asam jawa sehingga secukup rasa.
  5. Masukkan ayam, kacau sebati kemudian masukkan kacang panjang. Tambah hirisan bawang besar jika suka. Goreng sebati dan tutup api. Sedia untuk di hidang dgn nasi panas.

Wednesday, October 8, 2008

Black Pepper Beef with Spring Onion


Sempena kedatangan baby baru dlm family kitorg masa raya baru ni, makanya I pun dah jadi busy auntie la...Take over my mom utk masak (suruh dia rehat, kaki dah bengkak dah) kat ibu bersalin kt rumah tu. So, antara menu yg dimasak mestila sesuwai ngan ibu yg dlm pantang kan. Balck pepper mmg bagus untuk panaskan badan. Keluarkan angin, orang tak bersalin pun boleh makan tau!!
Bahan2:
500gm daging
1 genggam lada hitam
1/2 inci halia
5 ulas bwg putih
1sdb sos tiram
Garam
Sedikit perasa ikan bilis
3 pokok daun bawang (hiris dlm 11/2 inci panjang)
Cili besar & Bawang Besar (dihiris) untuk hiasan
Minyak untuk menumis
Cara2:
  1. Daging di hiris nipis dan di bersihkan.
  2. Tumbuk lada hitam, bwg putih & halia hingga lumat.
  3. Tumis bhn2 tumbuk, sos tiram hingga naik bau. Masukkan daging. Kacau rata.
  4. Perasakan dgn garam & perasa ikan bilis. Tambah sedikit air kalau masakan agak pekat.
  5. Masukkan daun bawang dan cili besar, Kacau sebati dan masak sedia untuk di hidang.

Rendang Minang



Ini le rupa rendang minang aku. Tapi sorry la kalau resepi yg tertera kt bawah ni bukanlah seminang rendang minang yg ori. Resepi ni diadaptasi dari resepi - of course la ibuku. Every year ini la rendang yg dia masak tiap kali raya except this year coz thn ni my mom tak larat nak masak, dah tak kuat n assistant dia yang sorang ni raya kat Klang.

Resepi seperti dibawah:

3 ekor ayam kampung (wajib disembelih & dicuci bersih- halalan toyyiba')

200gm cili kering (dikisar)

Santan dr 3 biji kelapa

15 ulas bwg merah

5 ulas bwg putih

Halia & 6 btg serai, sedikit lengkuas

Kerisik (saya guna dalam 2sdb)

Garam & gula secukup rasa

Daun kunyit & daun limau purut (dihiris nipis)

Cara2:

  1. Masukkan santan, cili, bwg, halia, serai & lengkuas yg telah dikisar.
  2. Masukkan ayam dan masak hingga agak kering.
  3. Masukkan kerisik, garam dan gula. Bila secukup rasa & rendang hampir kering, taburkan daun kunyit dan limau purut. Aduk2kan dan goreng sampai betul2 kering. Padamkan api dan hidang. Sedap di makan dgn kuah lodeh.

Ketupat Palas

Hari Raya Aidil Fitri thn ni jugak le menyaksikan aku try buat ketupat daun palas. Ish tak pernah terjangkau di kotak pikiran aku nak buat ketupat palas ni. Tup2 tahun ni jadi sejarah beb!!..Selama hari ni mak aku la yg berhempas pulas membanting tulang buat ketupat ni saban tahun, tapi tahun ni chek telah menyahut cabaran diri sendiri utk cuba buat...almaklumla anak2 aku suka sgt makan tp mak dia hampeh nak ambik tahu. Lagipun kalau aku tak ambik pot nak buat, esok2 ni generasi aku soheh tk reti nak buat lagi dah....tk meriah la raya.
Anyway, nak citer sket bab ketupat palas ni...org2 utara n pantai timur mmg harus ada la makanan ni time raya2 camni..tapi bezanya ketupat palas org kedah dgn org2 belah pantai timur lain sket, ketupat org kedah tak manis, tp ketupat org pantai timur di letak gula n some of them goreng ketupat tu baru makan. Kalau Kedah lebih kepada mencicah dgn kari atau serunding.
Kesahnya, tahun ni aku beraya kat Meru, dok berkira2 nak buat ketupat ni dah lama, then masa awal2 puasa dah balik Aloq Staq utk blajaq membalut n import sket daun palas kot2 la dekat2 nak raya boleh pakai, sudahnya daun tu kering kontang. Dah pening mana pulak aku nak mencari daun palas kt area Shah Alam n Klang nih....so Monday 29 Sep 08, b4 p kerja aku redah dulu Pasar Borong Meru utk bedah siasat ada dak depa juai Daun Palas...Tanya pekedai kt c2 dpt la jumpa sorang je yg jual kt pasar itu, apa lagi aku beli 4 ikat daun palas, walaupun agak mahal compared to kt kedah, aku tk kesah, kutabahkan hati. Puas dapat genggam daun tu..pas2 trus p ofis dgn sng hati. So hari Selasa, aku start buat ketupat tu.
Resipi for sure dari sumber2 yg boleh dipercayai- MY MOM la sapa lagi.
Try le pada sesiapa yg nak buat tu, tapi make sure tau balut yer, kalau tak nnt, kosong kelongsongnya...

Bahan2:
1kg beras pulut susu
2bj kelapa (ambil santan yg pertama shj- santan pekat atau 500g santan)
Garam secukup rasa
1/2 sdb gula
Daun Palas secukupnya.

Cara2:
1. Masukkan santan ke dalam kuali, biarkan mendidih kemudian masukkan beras pulut.
2. Masukkan garam (hingga secukup rasa lemaknya) dan gula.
3. Kacau sehingga separuh masak dan santan kering. Matikan api dan bolehla mula membalut.
4. Pastikan betul2 kejap balutannya supaya pulut tak terkeluar bila masa merebus nanti. Dah habis balut, potong tangkainya, lebihkan agak2 1/2 inci dari simpulan, kemudia masukkan ke dalam periuk, masukkan air hingga tenggelam semua ketupat tersebut,tutup periuk kemudian rebus hingga air kering. Petanda ketupat dah masak ialah bila kita buka tutup periuk dia akan keluar bunyi "PRAAAAAKK" macam kain terkoyak tu....hah dah masak la ketupat kita tu.
* Gambar cara2 membalut akan dia masukkan kemudian ye..sorry...

- Selamat mencuba-

Kek Lapis Asam Manis

1st time buat kek lapis sarawak ni. Pergh tak sangka jugak aku mampu buat...tak tau berapa puluh kali dok telek resepi ni..tiba2 mlm raya baru ni jadi kenyataan. Alhamdulillah tk jatuh ke tong sampah adunan aku kali ni. Thx to che mat, sesungguhnya gambaq kt blog dia telah mengujakan aku utk try resipi dr Bro Rozzan yg diadaptasi dari resepi Rabiah Amit, pembuat kek lapis Sarawak yg fames tu.

Rasa kek ni tak berapa manis coz I kurangkan sikit sukatan gula, tapi masih tak menjejaskan rasa sedap kek ni, but still tak boleh makan byk2 sekali hadap..bahaya beb!!

anyway modified resipi spt dibawah:

450g butter
10bj telur
350gm biskut marrie (di blend halus)
160g gula kastor
1 sd teh esen vanilla
1 tin susu pekat manis
85g kaya
asam manis secukupnya
1sdt pewarna makanan (3 warna)

Cara2:
1. Pukul butter dan gula hingga betul2 kembang.
2. Masukkan telur sebiji demi sebiji, pukul hingga kembang.
3. Kemudian masukkan susu pekat dan seri kaya. Putar hingga sebati.
4. Masukkan serbuk biskut marie sedikit demi sedikit, di aduk2 sehingga sebati dan masukkan esen vanilla.
5. Bahagikan adunan kepada 3 bhgn. Kemudian masukkan pewarna makanan yangberlainan pada 3 bekas adunan yg berlainan.
6. Lenserkan tin pembakar dan panaskan oven pada suhu 170deg. C, kemudian masukkan 4 sudu besar adunan (Warna ikut suka mana dulu) kemudian bakar dgn menggunakan api atas- bawah. Bila dah nampak perang keluarkan dan masukkan warna yang sama selapis lagi kemudian tukar ke api atas sahaja. Bila dah perang keluarkan dan tekan dgn sudu kemudian tambah adunan dari warna ke 2. (As for me I used yellow, pink and green) Setiap warna harus dilapisi 2 lapis..like myself setiap lapisan ke 5 saya susun asam manis...buatla sampai habis.

Hasilnya..hmmm nyum2