Monday, December 22, 2008
I put some walnuts inside tapi kandungan shredded carrotnya agak kureng so maybe adunan tu agak lembik sket, suppose 4cups carrot tapi my stock cuma ada 11/2cwn je. anyway kek tu mmg kellas..sedap you. In fact my another recipe for carrot cup cake pun tak sedelicious yang ini lah.So, better u guys try. Recipe nnt la ye..malas nak menaip.kekekek
Thursday, December 18, 2008
Dinner Set
Chicken Cold Sandwich
Bahan2
Wednesday, December 17, 2008
Bebek Menyat-Nyat (Kari Itik Bali Style)
Friday, December 5, 2008
Megi Sup
Ptg semalam balik dari kerja je dah rasa dah betapa malasnya nak masak nasik. So, lepas ambik budak2 mommy depa ni tanya la kat anak dia yang sulung. "Kak ok tak kalau malam ni kita makan megi?" Dia pun cakap; "Ok..dah lame Ifah tak makan megi". So, yipppiii malam ni masak megi je.
At first i tot nak masak megi cikai je la..yelah dah nama pun megi..siram ayaq panaih je la kan..tapi since mommy dia terajin sket and I want to make it healthy so I pun buat la style org rajin. Tumis bawang putih, masukkan udang, then goreng2 sikit curah air sesuwai kuah then trus campak sayur mayur yg ada kt kulkas ku itu.
Peh2 masukkan perencah megi- in this case kita pakai Ayam & cendawan cap CINTAN. then tambah garam n sedikit stok ayam secukup rasa.
Dah boiling, tutup api dan hidang. Untuk mommy punya letakkan 2 sudu besar sambal kicap utk lebih kow!!!!..
So, try test la ye...daaaaaaaaa!!
Tuesday, December 2, 2008
Tortilla
Lamb Stew
pulut inti
Wednesday, November 26, 2008
Sop Buntut ala Siam
This is how I did it:
Ekor lembu- rebus biar empuk, buang lemak2 yg terapung,
kemudian masukkan halia, serai (diketuk), lengkuas (diketuk), bawang besar yg di hiris bulat, carrot, btg saderi dan jus limau kasturi (saya pakai yg readymade- masukkan sebanyak 7sdb atau lebih), garam, cili padi dan 2 keping daun limau purut.
Renihkan dan bila dah secukup rasa boleh matikan api dan hidang.
Boleh dihias dgn bwg goreng (kalau masukkan daun sup rasanya akan bertukar).
Kuih ketayap
Pulut serunding
Mee kari
1/2 ekor ayam (dipototng kecil)- dilumur dgn rempah kari
Taupok
Fish cake
Kiub ayam
Santan secukupnya
Minyak untuk menumis
Bahan sampingan:
Taugeh
Telur rebus
Sawi rebus
Daun bawang
Bawang goreng
Tauhu- digoreng
Sambal kerang
Limau kasturi
Cili merah - di hiris
Cara2:
1. Tumis bahan2 tumbuk, halia, lengkuas, rempah kari, cili kisar dan ayam.
2. Bila ayam dah empuk, masukkan santan cair, masukkan kerang rebus, biar merenih.
3. Bila dah mendidih masukkan santan pekat, garam dan kiub ayam. Rasakan secukup rasa, masukkan taupok dan fish cake, biar mendidih. Tutup api.
4. Hidangkan dan hiaskan dgn bahan2 sampingan. Wallah.
Tuesday, November 18, 2008
Asam Gulai- Udang
Ayam Tempra
1sdb kicap pekat- saya pakai 2sdb
1sdb gula
1/2sdt garam
1/2sdt serbuk perasa- saya guna serbuk ikan bilis maggi wo MSG
2sdt jus limau nipis- saya gula jus limau kasturi siap dlm botol
1 cwn air
Bahan2 Hiris:
Cili Hijau
Cili Merah
Bawang Besar
Cara2 memasak:
- Panaskan minyak dan goreng ayam hingga empuk
- Kemudian masukkan bahan2 hiris dan bahan2 perasa. Masak lebih kurang 5 minit dan tutup kuali. Kecilkan api dan masak lagi selama 20min.
- Kacau semula dan tutup api, siap di hidang.
Wednesday, November 12, 2008
Masak Lemak Cili Api Daging Salai (Smoked Beef)
Tuesday, November 11, 2008
Nasi Komplit
So resepnya seperti dia bawah ya bapak2, ibuk2....
Sambal Merah
Friday, November 7, 2008
Roasted Chicken
Kek Lapis Cadbury- sebuah projek yg gagal
Friday, October 31, 2008
Missisippi Mud Pie
Resepi ni boleh serve utk 12-14pax. Bahan2 diadjust ikut apa yang ada saja.
Bahan2:
A- For crust
140g digestive biscuits (i used biskut marie)
85g pecan nuts- finely chopped (i used almond bits)
1tbsp soft light brown sugar
1/2tsp ground cinnamon
85g butter, melted
Cara- cara:
- Preheat oven to 180deg. celcius. Grease springform tin.
- Put all ingredients except melted butter into food processor until fine crunch form, then add melted butter & process again until combined & moistened.
- Pat in the springform & chilled.
B: Filling
225g butter
175g plain plain choc- chopped
125ml golden syrup
4 large eggs beaten
85g pecan nuts finely chopped ( i used almond bits)
Cara- cara:
- Put choc, butter & golden syrup into saucepan over low fire. Stir until melted & blended, leave cool.
- Beat in eggs & pecan nuts
- Pour the fillings & smooth the surface. Bake for 30min.
Thursday, October 30, 2008
Kuetiow Sup
Bahan2:
Bawang putih
Daging/ ayam/ seafood
Fish cake n fish ball
Carrot
Sawi
Kuetiow basah
Lada hitam
Minyak bijan
Kiub ayam
Cara2:
- Ketuk bawang putih, dalam 2-5 ulas, dan tumiskan dgn minyak sayuran.
- Kendian, masukkan daging/ ayam/ seafood then masukkan 3 mangkuk air.
- Bila mendidih masukkan, kiub ayam seketol, fish ball, fish cake, carrot.
- Agak carrot empuk masukkan sawi & kuetiow. Tutup api.
- Hidangkan ke dlm mangkuk dan direnjis dgn serbuk lada, minyak bijan. Nak pedas lagi buleh potong cili api campur kicap cair dan makan ketika panas...gerenti berpeluh..
Wednesday, October 29, 2008
Kek Lapis Horlicks
Resepinya nnt chek bagi no.
Friday, October 24, 2008
English Muffin & Healthy Beef Patty
BEEF PATTY (Daging Burger)
Bahan2:
300g minced beef
1 labu bawang besar
1/2 btg carrot
5-6 button mushroom
segenggam lada hitam ditumbuk hancur
lebih kurang 2 cubit garam
1sdb gula
1sdb Lea & Perrins Worchestershire sauce
1 atau 2 cwn breadcrumb
1 bj telur
Sheredded cheddar cheese
- vege tu boleh tambah apa2 saja
Cara2:
- Masukkan bawang, carrot, mushroom in food processor. Mesin sekejap.
- Masukkan bahan2 lain- minced, grm, gula, worchestershire sauce, bread crumb, telur- mesin lagi.
- Keluarkan, campurkan dgn shredded cheddar cheese rata2 dan pat kan daging tu ikut ketebalan yg diingini. Saya suka buat tebal2.
- Panaskan minyak dan goreng. Boleh simpan overnite utk rasa yg lebih serasi.
Utk resepi English Muffin next time pulak la ye...penat la menaip. Apa2 pun saya guna resepi English Muffin from Alex Goh.
Thursday, October 23, 2008
My new cookbooks
Ada lagi 2 coming soon, kirim dgn kawan coz tadi belikan same title for my frens, suddenly teringin pulak nak ada for my collections.
Wednesday, October 22, 2008
Sayur Lodeh
Bahan2- ikut kuantiti masing2
Rule of thumbnyer ginilah:
Udang basah- dibersihkan; buang kepala
Kacang Panjang- di potong menyerong
Carrot- potong memanjang
Kobis- di hiris
Bawang besar- minimum 2 labu- dimayang
Bawang putih- minimum 5 ulas- dihiris
Cili merah- dalam 2 biji
fu chuk- direndam (tk mo letak pun tk pe)
Su hun- direndam
Tempe- di goreng dan di hiris
Tauhu- di goreng separuh masak- di hiris kiub
Belacan- kalau masak periuk 3L biasanya aku letak sebesar 1/2 ibu jari
Kunyit hidup- dalam 3 ketul( utk dapatkan warna yg ori, boleh substitute dgn serbuk kunyit)
Santan- agak banyak mana kuah nak pakai- aku pakai 1 kotak besar santan plus 600ml air- biasanya my lodeh tak cair dan tak pekat.
Minyak untuk menumis.
Garam secukup rasa.
Cara2:
- Panaskan sedikit minyak untuk menumis, dah panas masukkan udang, bwg besar, bwg putih, cili merah, belacan dan kunyit. Tumis hingga naik bau.
- Masukkan carrot, kacang panjang, kobis, kacau sekejap bagi rata, masukkan santan dan air, agak2 kepekatan yg kita nak.
- Masukkan tempe dan tauhu, kacau, masukkan fucuk dan su hun, perasakan dgn garam, dan kacau selalu hingga mendidih (jgn sampai santan tu naik kepala).
- Dah sedap tu tutupla api, sedia utk dihidangkan. Nak best lagi buat sambal tumis sotong ke udang ke ikan bilis ke makan dgn kuah lodeh ni, mmg ada kick.
Friday, October 17, 2008
Nostalgic Choc Cake
Thursday, October 16, 2008
Banana Shortbread
Teksturnya lembut sgt tapi dek kerana gopoh aku lupa nak scrap keliling kek sebab dah pukul 8.30pg, sudahnya terbarai la kek tu. Hancus bhgn bawahnya. Hampeh!!!
Komen: sedap, lembut tapi quite sweet. So next time wajib kurangkan kandungan gula tu.. Anyway, layannnn la foto n resepinya:
Bahan- bahan:
A: 250g gula
130g margerin
1tsp soda bikarbonat
1tsp garam
B: 2 telur
C: 300g pisang lenyek
D: 300g tpg gandum
1/2sdt baking powder
80ml susu segar
E: walnut cincang
Cara- cara:
- Pukul bahan A hingga kembang.
- Masukkan telur, putar lagi hingga adunan nampak licin.
- Masukkan pisang, kemudian bahan D. Gaul hingga sebati dan sempurna.
- Tuang adunan ke dlm acuan, dan taburkan dgn walnut cincang.
- Bakar pada suhu 180Celcius selama 45minit.
Wednesday, October 15, 2008
Roti Telur Special
Bahan- Bahan:
1 buku besar roti- saya pakai Gardenia
3 biji telur
secubit garam
1 labu kecil bawang besar- dipotong bulat
1 bj cili merah- dihiris serong
1/4 sdt serbuk lada hitam
beberapa keping cheddar cheese- saya guna cheddar cheese block; so kena hiris.
Sedikit butter
Cara- cara:
- Roll setiap keping roti hingga nipis (kalau tak roll pun tak pe)
- Campurkan lada hitam & garam ke dalam telur- pukul sedikit, kemudian celupkan roti- sebelah permukaan shj. Letakkan 2-3 keping bawang & 1- 2 hiris cili.Panggang atas kuali dgn sedikit butter. Bila dah masak angkat.
- Celup sekeping roti lagi tanpa letak bawang & cili, bila dah kuning terbalikkan dan letak beberapa hiris keju, biarkan diatas kuali hingga keju cair sedikit, ambil roti yg ada bwg & cili tadi tangkup kan, dan biar atas kuali seketika. Terbalikkan kedua2 belah dan angkat.
- Potong 2 atau 4 bahagian dan serve dgn air kopi/ teh. Enjoy!
Chicken Pie
- Panaskan minyak, tumis bwg besar sehingga layu.
- Masukkan isi ayam & mix vege.
- Masukkan whipping krim, susu, serbuk lada hitam & garam secukup rasa.
- Masak hingga agak pekat, tabur sedikit parmesan cheese. Bila bahan inti dah pekat matikan api.
- Susun pastry diatas dulang membakar yang telah dioles dgn mentega. Isikan inti ayam pada sebelah bahagian pastry kemudian tutup pastry dan cantumkan. Guna garfu untuk lekatkan keliling pastry. Oleskan kuning telur untuk hiasan.
- Bakar pada suhu 170Celcius selama 30 minit atau hingga keperangan.
Nasi Goreng Muhibbah
Cara- cara:
- Tumis bwg putih dan masukkan ikan terubuk masin yg telah di cuci, goreng hingga agak garing sambil pecah2kan ikan terubuk tadi sehingga menjadi ketul2 halus.
- Masukkan garam, cili padi dan mix vege sehingga vege agak empuk.
- Kemudian masukkan nasi, goreng ke tahap citarasa anda. Dah masak tutup api dan hiaskan dengan telur mata.
- Get ready pinggan & makan.
Friday, October 10, 2008
Masak Tumis- Ayam
Malam tadi mmg malas nak masak dinner, pasalnya perutku kenyang, so ingat tk mo makan la. Tapi since siang td dh p market, my hubby lak nak makan nasik, pikir punya pikir buat la masak tumis ni.Ni memang masakan faveret my husband. Kalau penyakit M aku dah mai, dia akan masak tumis ni sendiri. Tapi my version dgn dia punya version sikit different la n I prefer my version more...hehehhe..Sempoi habis masakan ni & YUMMY! Tak caya try lah. Ikut hati malam tadi tk mo mkn nasik tp nampak cam best jer sudahnya berkali2 aku tambah nasik..tu dia penangan masak tumis.
Bahan2 (untuk hidangan 1- 2org):
4 ketul ayam- saya potong kecil2 (optional- boleh guna sotong, udang atau ikan bilis)
3 ulas bawang putih
6 ulas bwg merah (mlm td saya pakai 1/2 labu bwg besar- pasal stok bwg merah dh habis)
10 bj cili padi (lagi pedas lagi power)
belacan sebesar ibu jari
sedikit garam
Sedikit air
2sdb gula
air asam jawa (saya guna 1/2sdb asam jawa paste ADABI)
3 urat kacang panjang (optional; nak tambah carrot pun boleh)
Cara2:
- Goreng ayam separuh masak (kalau guna seafood atau ikan bilis tk perlu goreng dulu)
- Tumbuk semua bahan di atas kecuali gula, asam jawa & sayuran.
- Panaskan minyak untuk menumis, tumis bhn2 tumbuk tadi hingga cili masak.
- Bahan2 tumisan tadi sedikit pekat, tambah sedikit air, masukkan gula & asam jawa sehingga secukup rasa.
- Masukkan ayam, kacau sebati kemudian masukkan kacang panjang. Tambah hirisan bawang besar jika suka. Goreng sebati dan tutup api. Sedia untuk di hidang dgn nasi panas.
Wednesday, October 8, 2008
Black Pepper Beef with Spring Onion
- Daging di hiris nipis dan di bersihkan.
- Tumbuk lada hitam, bwg putih & halia hingga lumat.
- Tumis bhn2 tumbuk, sos tiram hingga naik bau. Masukkan daging. Kacau rata.
- Perasakan dgn garam & perasa ikan bilis. Tambah sedikit air kalau masakan agak pekat.
- Masukkan daun bawang dan cili besar, Kacau sebati dan masak sedia untuk di hidang.
Rendang Minang
Ini le rupa rendang minang aku. Tapi sorry la kalau resepi yg tertera kt bawah ni bukanlah seminang rendang minang yg ori. Resepi ni diadaptasi dari resepi - of course la ibuku. Every year ini la rendang yg dia masak tiap kali raya except this year coz thn ni my mom tak larat nak masak, dah tak kuat n assistant dia yang sorang ni raya kat Klang.
Resepi seperti dibawah:
3 ekor ayam kampung (wajib disembelih & dicuci bersih- halalan toyyiba')
200gm cili kering (dikisar)
Santan dr 3 biji kelapa
15 ulas bwg merah
5 ulas bwg putih
Halia & 6 btg serai, sedikit lengkuas
Kerisik (saya guna dalam 2sdb)
Garam & gula secukup rasa
Daun kunyit & daun limau purut (dihiris nipis)
Cara2:
- Masukkan santan, cili, bwg, halia, serai & lengkuas yg telah dikisar.
- Masukkan ayam dan masak hingga agak kering.
- Masukkan kerisik, garam dan gula. Bila secukup rasa & rendang hampir kering, taburkan daun kunyit dan limau purut. Aduk2kan dan goreng sampai betul2 kering. Padamkan api dan hidang. Sedap di makan dgn kuah lodeh.
Ketupat Palas
Anyway, nak citer sket bab ketupat palas ni...org2 utara n pantai timur mmg harus ada la makanan ni time raya2 camni..tapi bezanya ketupat palas org kedah dgn org2 belah pantai timur lain sket, ketupat org kedah tak manis, tp ketupat org pantai timur di letak gula n some of them goreng ketupat tu baru makan. Kalau Kedah lebih kepada mencicah dgn kari atau serunding.
Kesahnya, tahun ni aku beraya kat Meru, dok berkira2 nak buat ketupat ni dah lama, then masa awal2 puasa dah balik Aloq Staq utk blajaq membalut n import sket daun palas kot2 la dekat2 nak raya boleh pakai, sudahnya daun tu kering kontang. Dah pening mana pulak aku nak mencari daun palas kt area Shah Alam n Klang nih....so Monday 29 Sep 08, b4 p kerja aku redah dulu Pasar Borong Meru utk bedah siasat ada dak depa juai Daun Palas...Tanya pekedai kt c2 dpt la jumpa sorang je yg jual kt pasar itu, apa lagi aku beli 4 ikat daun palas, walaupun agak mahal compared to kt kedah, aku tk kesah, kutabahkan hati. Puas dapat genggam daun tu..pas2 trus p ofis dgn sng hati. So hari Selasa, aku start buat ketupat tu.
Resipi for sure dari sumber2 yg boleh dipercayai- MY MOM la sapa lagi.
Try le pada sesiapa yg nak buat tu, tapi make sure tau balut yer, kalau tak nnt, kosong kelongsongnya...
Bahan2:
1kg beras pulut susu
2bj kelapa (ambil santan yg pertama shj- santan pekat atau 500g santan)
Garam secukup rasa
1/2 sdb gula
Daun Palas secukupnya.
Cara2:
1. Masukkan santan ke dalam kuali, biarkan mendidih kemudian masukkan beras pulut.
2. Masukkan garam (hingga secukup rasa lemaknya) dan gula.
3. Kacau sehingga separuh masak dan santan kering. Matikan api dan bolehla mula membalut.
4. Pastikan betul2 kejap balutannya supaya pulut tak terkeluar bila masa merebus nanti. Dah habis balut, potong tangkainya, lebihkan agak2 1/2 inci dari simpulan, kemudia masukkan ke dalam periuk, masukkan air hingga tenggelam semua ketupat tersebut,tutup periuk kemudian rebus hingga air kering. Petanda ketupat dah masak ialah bila kita buka tutup periuk dia akan keluar bunyi "PRAAAAAKK" macam kain terkoyak tu....hah dah masak la ketupat kita tu.
* Gambar cara2 membalut akan dia masukkan kemudian ye..sorry...
- Selamat mencuba-
Kek Lapis Asam Manis
Rasa kek ni tak berapa manis coz I kurangkan sikit sukatan gula, tapi masih tak menjejaskan rasa sedap kek ni, but still tak boleh makan byk2 sekali hadap..bahaya beb!!
anyway modified resipi spt dibawah:
450g butter
10bj telur
350gm biskut marrie (di blend halus)
160g gula kastor
1 sd teh esen vanilla
1 tin susu pekat manis
85g kaya
asam manis secukupnya
1sdt pewarna makanan (3 warna)
Cara2:
1. Pukul butter dan gula hingga betul2 kembang.
2. Masukkan telur sebiji demi sebiji, pukul hingga kembang.
3. Kemudian masukkan susu pekat dan seri kaya. Putar hingga sebati.
4. Masukkan serbuk biskut marie sedikit demi sedikit, di aduk2 sehingga sebati dan masukkan esen vanilla.
5. Bahagikan adunan kepada 3 bhgn. Kemudian masukkan pewarna makanan yangberlainan pada 3 bekas adunan yg berlainan.
6. Lenserkan tin pembakar dan panaskan oven pada suhu 170deg. C, kemudian masukkan 4 sudu besar adunan (Warna ikut suka mana dulu) kemudian bakar dgn menggunakan api atas- bawah. Bila dah nampak perang keluarkan dan masukkan warna yang sama selapis lagi kemudian tukar ke api atas sahaja. Bila dah perang keluarkan dan tekan dgn sudu kemudian tambah adunan dari warna ke 2. (As for me I used yellow, pink and green) Setiap warna harus dilapisi 2 lapis..like myself setiap lapisan ke 5 saya susun asam manis...buatla sampai habis.
Hasilnya..hmmm nyum2
Monday, September 29, 2008
Makan2 musim Raya
Anyway, hari esok sempena 30 Ramadhan, aku akan prepare ketupat daun palas, yg memang fames di Kedah, tetapi area yang byk buluh lemang tu depa tak makan ketupat nih, like area Sik, Baling n seangkatan dgnnya...resepi and tunjuk ajar adalah dari bondaku dah start training hari tu kat aloq setaq semata2 utk merealisasikan impian aku utk memasterkan diri dalam membuat kuih- muih tradisi ini. So, for the outcome, layanlah n3 next week.